Sunday, July 12, 2015

KAABAH: Binaan Malaikat

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT, THE MOST MERCIFUL 



Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah solat seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghaddapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilingnya.

Tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah pembinaan Kaabah dan Masjidilharam. Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum ALLAH s.w.t menjadikan bumi dan segala isisnya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.

Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud:
    "Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengharamkan Makkah pada hari             penciptaan langit dan bumi" (Sahih al-Bukhari No.104, 1832)

Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Haram jika tidak kerana kewujudan Kaabah padanya.

BINAAN MALAIKAT 
Al-Azraqi meriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain r.h.m., beliau berkata bahawa ALLAH s.w.t berfirman kepada malaikat: "Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi." Kemudian para malaikat bertanya: "Apakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?.

Setelah itu mereka berasa bersalah dan takut dimurkai oleh ALLAH s.w.t., lalu mereka bertawaf di sekeliling Arasy untuk memehon ampun kepada ALLAH s.w.t.. Kemudian ALLAH s.w.t menjadikan si bawah Arasy sebuah rumah iaitu Bait al-Ma'mur dan ALLAH s.w.t. berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy.

Kemudian ALLAH s.w.t. telah mengutus para malaikat supaya membina Baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait al-Ma'mur.

Subhanallah...Alhamdulillah..
MAKKAH al-Mukarramah. Kelebihan & Sejarah: Abd. Basit Abd. Rahman
Kata Penghantar: Zahazan Mohamed.
Syukran.......

No comments:

Post a Comment