IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST BENEFICENT, THE MOST MERCIFUL
Sejarah Telaga Zamzam
Sejarah telaga zamzam secara umumnya ialah sejarah penghijrahan Siti Hajar bersama anaknya Ismail a.s. ke Makkah. Ia juga merupakan salah satu episod dalam sejarah pendudukan Makkah.
Untuk menceritakan mengenai sejarah ini, penulis memilih riwayat yang dinyatakan oleh Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari r.h.m, kerana sifatnya yang sahih dan ringkas. (Sahih al-Bukhari No.3364).
Berkata Imam al-Bukhari: "Ibn Abbas a.s. meriwayatkan (daripada Rasulullah s.a.w.) bahawa wanita yang pertama memakai bengkung ialah Hajar iaitu ibu Nabi Ismail a.s. Beliau menggunakannya (dengan melabuhkan hujung kakinya) untuk menghapuskan jejaknya daripada diikuti oleh Sarah yang cemburu terhadapnya. Ibrahim a.s. telah membawa Hajar dan Ismail a.s. yang ketika itu masih menyusu, ke satu tempat berdekatan dengan Kaabah. Baginda meletakkan mereka di bawah pokok yang merupakan tempat telaga zamzam pada hari ini, ia merupakan tempat yang paling tinggi di dalam kawasan masjid.
Makkah pada ketika itu tiada penghuni dan sumber air. Ibrahim menurunkan mereka di situ dan meletakkan di sisi mereka sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan sebuah bekas air. Kemudian baginda beredar.
Hajar lalu mengikutinya sambil berkata: "Wahai Ibrahim! Ke mana kamu hendak pergi? Adakah kamu akan meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni dan tiada apa-apa (untuk dimakan)?" Beliau mengulanginya beberapa kali, tetapi Ibrahim tidak berpaling kepadanya.
Akhirnya Hajar berkata: "Adakah ini merupakan perintah Allah terhadap kamu?" Ibrahim menjawab: "Ya. Hajar lalu berkata: "Jika begitu, Allah pasti tidak akan membiarkan kami".
Beliau kembali semula ke tempat Ismail dan Ibrahim meneruskan perjalanannya. Apabila baginda sampai di Thaniyyah di mana mereka tidak dapat melihatnya lagi, baginda berhenti dan menghadap ke arah Kaabah. Baginda mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan doa berikut:
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah meninggalkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah yang tidak mempunyai apa-apa tanaman (dan) berhampiran dengan rumah-Mu (tapak Baitullah) yang mulia. Wahai Tuhan kami, (dengan demikian) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan, semoga mereka bersyukur. (Surah Ibrahim: 37)
Manakala Hajar pula terus menyusui Ismail dan minum air daripada bekasnya. Apabila air tersebut telah habis, beliau merasa dahaga. Begitu juga anaknya Ismail. Apabila beliau melihat Ismail menangis kerana kepanasan dan dahaga, beliau bangun meninggalkannya kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu. Beliau mendapati Bukit Safa merupakan bukit yang terdekat dengannya di tempat itu lalu mendakinya dan melihat ke lembah sekitarnya dengan harapan agar ternampak sesiapa.
Namun hasrat beliau tidak kesampaian. Beliau kemudiannya turun dari Bukit Safa dan terus berjalan-jalan. Apabila sampai di tengah lembah beliau menyinsing kainnya dan berlari-lari anak kerana runsing dan bimbang. (Kawasan itu sekarang ditandakan dengan dua lampu berwarna hijau).
Kemudian beliau kembali sampai ke Bukit Marwah. Hajar mendakinya dan melihat ke sekitarnya dengan harapan yang sama, tetapi tidak seorang manusia pun kelihatan berada di situ. Hajar mengulangi perbuatan in (berulang-alik antara Safa dan Marwah) sebanyak tujuh kali.
Berkata Ibn Abbas: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Rukun Sa'i (berjalan) di antara Safa dan Marwah adalah berdasarkan peristiwa ini.
Apabila tiba di Marwah pada kali terakhir, Hajar terdengar seakan-akan bunyi suara, lalu beliau mendiamkan diri dan memasang telinga dengan teliti. Beliau mendengar bunyi suatu suara yang berkata kepadanya: "Aku telah mendengar suara kamu. Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk menolongku?"
Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat malaikat di tempat telaga zamzam sedang menggali tanah dengan kakinya (atau sayapnya), sehinggalah air terpancar keluar dari tempat itu. Hajar mula membuat batas dengan tangannya di sekeliling mata air tersebut dan mengisi bekas airnya dengan air yang mula mengalir keluar.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Semoga Allah merahmati ibu Ismail. Jika beliau membiarkan air zamzam (mengalir tanpa cuba membatasinya atau tidak menceduknya untuk mengisi bekasnya), nescaya zamzam akan menjadi sungai mengalir keseluruh muka bumi."
Hajar lalu meminum air itu dan menyusukan anaknya. Malaikat tersebut berkata kepadanya: "Jangan kamu merasa bimbang bahawa kamu akan diabaikan kerana kawasan ini adalah tapak kepada rumah Allah yang akan dibina oleh anak ini dan bapanya dan Allah s.w.t. tidak akan melupakan hamba-Nya."
MAKKAH al-Mukarramah. Kelebihan & Sejarah: Abd. Absit Abd. Rahman
Kata Penghantar: Zahazan Mohamed
Alhamdulillah..........

No comments:
Post a Comment