Sunday, July 12, 2015

RABI'AH MASA TUA

ALL PRAISE is due to Allah, as He is a munificent, gracious and compassionate Lord, Who has gathered all knowledge in His Essence and Who is the Creator of all knowledge for eternity. The cause, the reason of all existence is from His existence.

Prisse d'Avennes, MOSQUEE D'AHMED-IBN-TOULOUN, ARCADE ET FENETRES INTERIEURES

RABI'AH MASA TUA

Dalam sekali seminggu, Hasan Al-Basri mengadakan pertemuan di mana dia akan menyampaikan khutbah. Setiap kali naik ke atas mimbar, dia akan mencari-cari Rabi'ah, dia tidak akan memulakan khutbah selagi tidak ternampak akan Rabi'ah.
Sehinggakan orang-orang di situ mencelanya dan mengatakan, "Begitu ramai orang penting dan terkemuka berkumpul di sini. Apa gerangannya jika seorang wanita tua berhijab tidak datang ke sini?".

Hassan menjawab.......
"ANGGUR YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK GAJAH,
TIDAK BOLEH DITUANGKAN 
KE DALAM DADA SEMUT"

Setiap kali di dalam majlis pertemuan tersebut menjadi semakin hangat dan bersemangat kerana mendengar kata-katanya, Hasan Al-Basri akan berpaling kepada Rabi'ah dan berkata,
"Duhai, meskipun tersembunyi di sebalik hijab, segenap hasrat dan ghairah ini timbul hanya dari bara api yang ada di dalam kalbumu.


Ibn Al-Jawzi dalam Shifah al-Shafwah, menceritakan kisah berikut daripada Muhammad ibn 'Amr:

 Ketika aku menemui Rabi'ah, beliau sudah tua dan berusia delapan puluh tahun, sangat tua dan rapuh seperti kulit kering. Nampak seperti jika engkau menyentuhnya, dia akan luruh berkeping-keping.
Didalam rumahnya, aku melihat hanya ada tikar anyaman yang koyak dan sebuah penyangkut baju yang diperbuat daripada buluh Parsi setinggi dua meter.
Atap rumahnya adalah daripada ranting-ranting pohon palma. Ada sebuah bekas air dan sehelai kain kain bulu dan di sebelah tempat tidur dan tempat solatnya. Selain itu, ada sehelai tikar anyaman tempat beliau meletakkan kain kafannya.
Selain itu, tidak terdapat apa-apa barang lagi. Beliau menolak apa sahaja yang diberikan orang kepadanya, sambil berkata, 
"Aku tidak memerlukan dunia ini".

Munawi menulis dalam Thabaqat Al-Auliya', bahawa,
"Rabi'ah merasa sangat malu di dapan Allah sehingga selama empat puluh tahun dia tidak pernah mendongakkan kepalanya ke langit".


Alhamdulillah.......
From our library.
Picture from: 
ARAB ART I, reprinted by Eastern Art, by Khayat Book & Publishing, Lebanon. (Premier Volume).

No comments:

Post a Comment