DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
SERTA SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNG NABI MUHAMMAD SAW
LUQMAN PENGGEMBALA KAMBING
Ada suatu riwayat mengatakan bahawa beliau berjumpa dengan seseorang, ketika beliau mengucapkan kata-kata hikmah lalu orang tersebut bertanya: "Bukanlah engkau ini pengembala kambing?" Beliau menjawab, "Benar, saya pengembala kambing."
Orang tersebut melanjutkan pertanyaannya, "Bagaimana engkau dapat mencapai apa yang engkau capai kini?" Beliau menjawab,
"i - Dengan bercakap benar perkara yang benar
ii - Menunaikan amanah
iii - Meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat
iv - Setia kepada janji"
Ibn 'Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar.a., beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, maka ALLAH Azzawajalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan Khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata: "Tuhanku, sekiranya Engkau memberi pilihan kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. tetapi jika Engkau memfardukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya Engkau akan memeliharaku."
KEBIJAKSANAAN LUQMAN
Ibn Kathir berkata, "Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' tentang kebijaksanaa Luqman adalah seperti berikut:
* Luqman adalah lelaki yang cekal dengan kebenaran
* Pendiam, banyak bertafakur, dan berpandangan jauh
* Tidak pernah tidur siang
* Tidak pernah meludah dan tidak berkahak
* Tidak membuang air besar dan air kecil
* Tidak pernah mandi
* Tidak bermasam muka dan tidak ketawa
* Tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya
* Pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu
* Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar
Luqman mempunyai putera bernama Taran sebagaimana dikemukan oleh al-Thabari. Juga ada yang mengatakan namanya Tsaran atau Anm atau Masykum. Ada yang mengatakan bahawa putera Luqman itu seorang kafir yang musyrik. Oleh sebab itu, Luqman tanpa henti-henti selalu memberi nasihat sehingga anaknya memeluk agama Islam.
Dari buku: Wasiat LUQMAN AL-HAKIM (Mentafsir dan memahami pesanan Luqman al-Hakim yan tercatat dalam al-Quran
Daripada: AHMAD HASAN MOHD. NAZAM
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga: RM20.00
Alhamdulillah..........
No comments:
Post a Comment