Wednesday, December 19, 2012

PERDANA MENTERI NIZAM al-MULK

IN THE NAME OF ALLAH 
THE MOST BENEFICENT, THE MOST MERCIFUL





Perihal Nizam al-Mulk ini diulas oleh Imam al-Zahabi di dalam kitab Siyar A'lam al-Nubala, katanya:

"Perdana Menteri Nizam al-Mulk Qawwam al-Din, Abu  'Ali, Hassan bin 'Ali bin Ishaq al-Thusi ialah seorang yang pintar, ahli politik, pentadbir medan lapangan, berkeperibadian tinggi, seorang yang amat baik dan pemalu. Majlisnya sering dikunjungi oleh para fuqaha dan qura'. Beliau telah membangunkan universiti yang besar di Baghdad, Naisabur dan Thus. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat menyukai ilmu pengetahuan , selalu berinteraksi dengan para penuntut ilmu dan kerap meriwayatkan hadis." 

Keadaan ini terus dilaksanakannya sehingga beliau diangkat menjadi menteri pada era Alp Arslan seterusnya pada zaman anaknya (Alp Arslan) iaitu Malik Shah I. Pada masa pemerintahan inilah beliau mengatur masalah negara dengan lebih teratur. Beliau berjaya meminimakan kes jenayah, bersikap baik kepada rakyatnya dan mampu membangunkan wakaf sehingga para pembesar rapat dengannya.

Beliau turut menasihatkan Malik Shah I agar melantik para panglima perang dan pegawai pentadbir yang beragama, bermoral dan berani.

Ibn Katsir sendiri menyifatkan beliau di dalam bukunya, Al-Bidayah Wa Al-Nihayah;

"Beliau adalah seorang pemerintah yang memiliki perjalanan hidup yang begitu baik."

 Anaknya bernama 'Imad al-Din Zanki merupakan orang pertama yang melancarkan pertahanan terhadap serangan tentera salib. Seterusnya perjuangannya dilanjutkan pula oleh anaknya yang terkenal, Nur al-Din Mahmud Zanki. Keluarga inilah yang melatakkan para panglima serta bibit kemenangan umat Islam terhadap serangan kaum Salib di bawah pimpinan terkemudian seperti Salah al-Din al-Ayubi, Zhahir Baibars dan Ahmad Qalawun. Mereka inilah yang membuka ruang penyatuan dan kesepaduan dunia Islam menentang serangan tentera Salib Kristian selama dua kurun.

Ibn al-Atsir ketika menceritakan keperibadian ini di dalam kitabnya Al- Kamil fi Al-Tarikh;

"Beliau adalah anak seorang bekas hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai seorang sangat baik. Beliau sangat gemar mendampingi orang alim, melihat kebaikan dan melaksanakannya. terkenal sebagai seorang gabenor yang sangat baik, menjaga solat tepat pada wktunya dan sering bertahajud di waktu malam."


CINTANYA TERHADAP ILMU 

 Beliau terkenal dengan sikap sukakan ilmu pengetahuan, menghormati para ulama dan mendampingi mereka. Beliau gemar mendalami ilmu hadis, seraya berkata;

"Aku sedar bahawa aku tidak layak untuk meriwayatkan hadis tetapi aku lebih senang berada sebaris dengan orang yang meriwayatkan hadis Rasulullah saw." 

 Beliau mendengar hadis dari al-Qusyairi, Abu Muslim bin Mahar Bazad dan Abu Hamid al-Azhari. Beliau juga sangat mengambil berat mengenai universiti yang ditubuhkannya agar sentiasa berfungsi. 

Diceritakan juga bahawa belaiu mampu menghafal al-Quran al-Karim ketika usianya baru mencecah 11 tahun. Beliau banyak mengamalkan mazhab Syafii dalam usul ibadahnya dan tidak akan duduk kecuali dalam keadaan berwuduk. Tidak pernah beliau berwuduk melainkan selepas iti beliau akan menunaikan solat sunat wuduk.

Apabila mendengar azan segala kerjanya akan dihentikan dan akan segera ke masjid untuk menunaikannya. Jika muazzin lambat melaungkan azan beliau sendiri yang akan memerintahkan agar melaungkannya. Ini merupaka kemunca keperibadian yang sukar ditemui dalam kehidupan hari ini.
  
KEMANGKATANNYA 

 Pada hari Khamis bertarikh 10 Ramadhan 485 H bersamaan thanu  1092. Selepas waktu berbuka puasa, Nizam al-Mulk menunaikan solat Maghrib dan selepas itu beliau  duduk di meja makan bersama para qura, fuqaha dan ulama. Beliau menyebut bahawa beliau berada di bumi yang mulia iaitu tanah Nahawand.

Beliau juga menceritakan tentang kisah peperangan kaum muslimin dengan bangsa Parsi pada era pemerintahan 'Umar Al-Khattab. Apabila selesai berbuka puasa, beliau keluar menuju ke khemah isterinya tanpa menyedari pergerakannya diikuti.

Seorang pemuda dari Dailam bersedia menyerangnya dengan berpura-pura meminta bantuan. Tatkala dia terleka itulah pemuda tersebut memukulnya dan diheret ke khemah isterinya. Tidak lama kemudian beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di khemah isterinya. Sultan Malik I segera datang dan mengucapkan takziah sambil menahan kesedihan.

Sementara itu, pemuda yang membunuhnya itu ditemui sedang bersembunyi dalam sebuah khemah. Beliau dibawa keluar dan dibunuh serta merta. Sebahagian hamba Nizam al-Mulk memberitahu kepada mereka bahawa beliau berpesan;

  "Janganlah kamu membunuh orang yang menyerangku kerana aku telah memaafkan 
    kesalahannya".

Antara sumbangannya adalah menubuhkan Universiti Nizamiyah di Bahgdad dan beberapa buah bandar lain. Beliau juga sempat menyiapkan buku dalam bahasa Parsi iaitu Siyasat Nameh (Buku Kerajaan) dan Dustur al-Wuzura (Perlembagaan Menteri) yang ditulis untuk anaknya iaitu abu al-Fath dan Fakhr al-Malik.



Buku Kerajaan


Alhamdulillah.

Book: Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyyah (1299M-1453M)
Mohd Fikri Che Hussain
Hijjaz Records Publishing
Kota Damansara.

No comments:

Post a Comment