IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST BENEFICENT, THE MOST MERCIFUL
"Ya Rasulullah SAW, apa yang membuatmu menangis, sedang ALLAH telah mengampuni akan dosamu yang terdahulu dan yang kemudian? Rasulullah SAW menjawab, "Tidakkah aku hamba yang bersyukur? Bagaimana aku tidak berbuat demikian sedang ALLAH telah menurunkan ayat padaku."
'Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi.....(Q.S. AL-Baqarah:164)
Ayat ini menunjukkan menangis itu seharusnya tidak berhenti sebagaimana juga dirawikan seorang nabi melihat batu kecil mengeluarkan air. Ia kehairanan.. Lalu Allah membuat batu itu berkata, "Sejak aku dengar firman ALLAH...yang menyalahkannya adalah manusia dan batu-batu..." Maka aku menangis kerana takut kepadanya."
Lalu batu itu memohon pada ALLAH agar dijauhkan dari Neraka dam permohonannya dimakbulkan. Tidak lama kemudian nabi itu melihatnya masih mengeluarkan air, maka dia bertanya, "Mengapa kini kau masih menangis?" Batu itu berkata, "Dulu aku menangis kerana takut tetapi kini aku menangis kerana bersyukur dan gembira".
Memang hati manusia sekeras batu atau lebih keras lagi daripadanya. Yang dapat melembutkannya adalah hanya dengan menagis kerana takut dan syukur kepada ALLAH.
Alhamdulillah.......
No comments:
Post a Comment