Saturday, February 5, 2011

Kaabah: Binaan Adam a.s

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST BENEFICENT, THE MOST MERCIFUL


Binaan Kedua: Binaan Adam a.s.

Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa beliau berkata: "Semasa Adam a.s. diturunkan dari Syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata: 'Wahai Tuhan, mengapa aku tidak, mendengar lagi suara malaikat?' Allah s.w.t berfirman: 'Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam.' Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilinginya Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.

Bumi telah dikecilkan oleh Allah dan tempoh perjalanannya menjadi pendek. Setiap tempat yang dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai di Makkah, malaikat Jibrail a.s. memukul dengan sayapnya  di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk dibina Kaabah. Bahan binaannya daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Jauudi dan Hira'. Sementara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam.

Kata Ibn Abbas: "Adam ialah manusia pertama yang mengasaskan al-Bait (Kaabah), Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ. Imam al-Syafi'i r.h.m. meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi katanya: "Sewaktu Adam a.s. menunaikan fardu haji baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya 'Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum engkau semenjak 200 tahun yang lalu.



MAKKAH al-Mukarramah. Kelebihan & Sejarah: Abd. Basit Abd. Rahman
                                                    Kata Penghantar: Zahazan Mohammed

Alhamdulillah........

No comments:

Post a Comment